Thursday, April 4, 2013

Pening tak kami??? part 1.

Assalamualaikum,
.
.
Apabila saya berkata kepada pelanggan, "Yes, I can make it within your budget"..saya boleh buat ikut budget pelanggan.. jika budgetnya kecil, saya akan gunakan material biasa dan membuat design yang simple.. Jika budget yang lebih sedikit atau tidak kisah budget, boleh gunakan material yang berkualiti dan design yg lebih gah..

Apabila saya berkata "Yes, I can make it within your budget".. bukan bermaksud anda boleh request itu dan ini, tambah segala beading dan detailing mengikut kepuasan hati..nak tukar begitu dan begini, nak design gah, cutting tip top, fitting berkali2..tetapi masih dalam budget (rendah).

Pening tak kami?

Kami boleh melayan segala kemahuan hati perasaan dan nafsu anda..namun perlu berbaloi pada harganya.
.
.
Seperti situasi contoh di bawah;
Situasi di kedai makan-

Pelanggan        : Mak cik, hari ni saya bawa RM4 sahaja.. cukup ker nak makan di sini?
Mak cik kedai : Boleh.. cukup tu dik..
Pelanggan        : Ok, bagi saya nasi sepinggan, ayam goreng rempah 2 ketul, sotong masak merah, ikan pari
                         asam pedas, bawal goreng, kerabu perut, sayur kangkung belacan, sambal dan ulam..
                         Owh..dan mango smoothie 1 jag, jgn lupa letrak fresh milk..
Mak cik kedai  : agak2 laaa dik.. tu dah lebih dari budget..
Pelanggan         : Tadi mak cik cakap cukup RM4.. awal2 tadi cakap lain, sekarang cakap lain.. apa ni
                           mak cik??..

Pening tak mak cik tersebut??
Sumber gambar dari Internet-


Itu hanya lah contoh yang mungkin over sikit..ok..Over lebih.., tapi begitulah kiranya yang sering berlaku kepada kami..

Cuma mungkin, dalam bidang fashion @ pakaian, org kurang faham atau kurang tahu harga fabrik, harga bahan2 detailing yg lain (pearl, krystal, beads or whatsoever) dan tidak juga tahu menilai atau menghargai hasil sesuatu kerja.. (kalau makanan, semua boleh agak harga ayam, harga sayur dan sebagainya)

Saya boleh fahamkan mereka yang tidak faham.. tapi apa boleh saya buat kepada mereka yang tidak mahu faham?

Sekian~ terima kasih kepada mereka yang faham.

No comments:

Post a Comment