Friday, March 15, 2013

Bazaar Rasta, TTDI.

Assalamualaikum,

        Pada 9 dan 10 March yang lepas, AQAR Couture telah membuka booth di Bazaar dekat Rasta TTDI, Kuala Lumpur. Kami menjual pelbagai Shawl/ selendang, keronsang dan aksesori. Ini adalah kali pertama kami menyertai bazaar.. Sbelum ni duduk di rumah buat kerja diam2 jerr.. saja nak mencuba kalau2 ada rezeki lebih..

      Pengalaman kami berniaga di Rasta TTDI sangatlah mengecewakan. Setibanya di Rasta dalam pukul 10 am, hati sudah mula terdetik.."ada orang ke nak datang sini???" macam bukan tempat tumpuan orang ramai jer.. tapi, kalau tak ada crowd tak kan lah Organizer nak buat bazaar di sini?" kan..kan..hmmm.. (Rasta, TTDI merupakan sebuah food court, yang mempunyai ruang untuk peniaga membuka gerai)


Bazaar bermula pada pukul 11am. Ruang antara 'normal booth' agak sempit, meja yang disediakan juga kecil. Hanya premium booth yang agak besar dan luas..tapi lokosi 'premium booth' berada agak dalam dan tersorok dan hampir tidak disedari kewujudan nya..(AQAR couture berada di premium booth :'(  owhh..sedih) Setelah disusun barang2, kami pun duduk dan 'menunggu'..sejam.. dua jam.. tak ada orang pun yang lalu.. Vendors yang lain pun sama juga menunggu terus menunngu.. Bahang panas MashaAllah..tuhan saja yang tahu.. Penat menunggu, Vendors melawat gerai2 sesama sndiri.. terdengar rungutan yang sama di booth yang lain juga.. "where is the crowd?" kalau ada pun pengunjung yang datang, hanyalah kawan2 vendors ataupun orang yg datang untuk makan di food court Rasta. Hal yang sama juga berlaku pada hari ke-2.  Kebanyakan vendors, semuanya pertama kali membuka bazaar di Rasta, dan pertama kali berurusan dengan Organizer ini. (Organizer yang menganjurkan bazaar di Rasta adalah berbeza setiap minggu), jadi kami tidak pasti jika pekara yang sama turut berlaku kepada vendors yang berurusan dangan organizer lain di Rasta.

Bazaar yang kami sertai ini, adalah siri yang ke-17 diadakan oleh Organizer yg berkenaan. Kalau sudah 17 kali diadakan, seharusnya organizer ini sudah sedia maklum akan keadaan ini. Apakah mereka ini hanya mementingkan 'Collection' mereka semata2?..asal dapat duit sewa, dapat cover cost sendiri.. buat di tempat yang tak ada Crowd atau bukan tempat tumpuan orang pun tak kisah?.. Apakah usaha Organizer untuk menarik pengunjung? Iklan? Promosi?.. apakah Duit sewa yang vendors bayar kepada organizer itu hanya untuk buka booth, susun2 barang dan duduk tunggu?.. Kami rasa kecewa dan rasa tertipu.. Patutlah Vendors semuanya first time di sini.. tentunya yang sudah berpengalaman, tak akan datang lagi..

       Mulanya saya tidak mahu menulis review tentang Bazaar di Rasta TTDI yang dianjurkan oleh organizer ini.. sebab seolah menutup pintu rezeki organizer.. Tetapi, bila difikirkan semula.. bagaimana dengan rezeki vendors2 yang telah dan akan menyertai Bazaar ini?..tidakkah mereka akan rasa tertipu dan menanggung kerugian.. rugi wang dan juga masa..

         Seperti yang saya nyatakan tadi, Organizer yang menganjurkan Bazaar di Rasta adalah berbeza2 setiap minggu. Kepada mereka yang bercadang untuk membuka booth di Bazaar Rasta, pastikan anda menghubungi pihak Organizer dan bertanyakan tentang crowd/pengunjung di Rasta. Pastikan organizer mengadakan Promosi atau apa2 usaha untuk menarik pengunjung ke Rasta.

Sekian Kisah keciwa kami di Bazaar Rasta TTDI, Kuala Lumpur.

4 comments:

  1. ohh..baru nak join bazaar ni utk 27&28 April..teruk sgt ke? ada sale tak sepanjang 2 hari tu..boleh tak cover sewa utk 2 hari..TQ

    ReplyDelete
  2. sale ada.. customer dari kalangan vendor jugak.. jual dlm 1 ke 2 item sahaja utk 2 hari. Vendor lain pun mengalami nasib yang sama. tak cover sewa pun.
    kalau u nak maybe boleh try yg ni- https://www.facebook.com/ilovebazaar.rd
    location diorg bagus..dan sewa lagi berpatutan. (saya belum try lagi, tp feedback dr vendor lain positive ;) good luck.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum
    Nak tye yg u join ni organizer spe ek?
    Maybe nak join tuk 9jun ni..

    ReplyDelete
  4. Napw i dapat feedback lain eak dr kwn2 i yg niaga jugak di rasta..baru nak try..takut gak ni..nway thanks

    ReplyDelete