Assalamualaikum, salam sayang untuk semua :)
Warna putih adalah warna Universal untuk Weding Dress.. Walaupun di Malaysia, tema/warna untuk Resepsi perkahwinan, dan majlis nikah boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna.. dari warna2 pastel seperti biru muda, merah jambu, unggu hingga ke warna-warna yang terang dan gelap seperti merah, unggu gelap, hijau zamrud dan sebagainya.. Namun Putih ternyata masih menjadi pilihan ramai pengantin di sini.. Bagi Kami, Putih adalah warna yang 'Evergreen' dan tidak akan 'Outdated' untuk baju pengantin.
NAMUN.. Saudari saudari cikebum cikebum.. :) kami di AQAR Couture, seringkali kechiwa apabila menerima gambar2 dari pengantin (from their official photographer) yang memakai busana bewarna putih.. kerana, kebanyakan Gambar2 pengantin yg memakai busana putih selalunya sangat bercahaya/terang (cek tak tau nak explain) sehingga tidak menampakkan Detail manik2, atau kecantikan Lace atau sulaman dibaju.. Yang nampak hanya cahaya putih berseri2 semata.. MUNGKIN photographer ingin memaparkan betapa pengantin itu berseri-seri, bagai bidadari syurga, jadi nampak beliau bercahaya,,mungkinkah? (cek tak tau, cek bukan photographer)..huhu.. Mungkinkah demi menampakkan pengantin itu berseri, bercahaya, glowy gitew..maka kecantikan busana yg dipakai tak penting?..detail, manik2, batu crystal dibaju tidak penting..mungkinkah?..(lg skali..tak tau, cek bukan photographer)
Gambar Sumber dari Google..
Gambar contoh sahaja okeyyy.. tak ada kena mengena dgn mana2 individu.. Kami hanya berkongsi pendapat, jangan ada yg berkecil hati.. peace! :)
Gambar sumber dari google.
Setiap kali menghasilkan Busana bewarna putih kami REDHA.. mungkin dah tak boleh berbuat apa2.. kalau baju putih memang akan jadi lagu tuuu.. Redha..redha.. kita siap2 lah amek gambar dengan handphone saja.. so adalah gambar detail baju itu.. :'(
Tetapi Wahai Sekalian pembaca.. Apabila menerima gambar dari Puan pengantin ini, Kami sangat2 happy.. Hey hey heyyyy.. beliau memakai Gaun bewarna putih.. Namun gambar beliau sangat2 clear, boleh nampak sebutir-sebutir pearls, crystal and the lace yg kami jahitkan dibaju..
See..see.. nampak clear kan detailing di baju Puan pengantin ni.. :) tahniah kepada Photographer beliau yang membuatkan kami happy sebab baju nampak clear.. bukan bercahaya berseri-seri bersilauan..huhu..
Photo Credit to- HISHAM DIN (bolehlah korang intai2 hasil kerja beliau)
Gambar Dibawah ini pula dari camera pengantin sendiri.. :)
Such a beautiful Bride.. :)
Tahniah kepada Maisara dan Suami, semoga berbahagia hingga ke syurga.. Terima Kasih kerana Menempah busana dari AQAR Couture.
Sebarang pertanyaan tentang tempahan, boleh email kepada:
zsyiqin@yahoo.com
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment