Saturday, April 20, 2013

Fatin Liyana In da house...

Assalamualaikum,

The beautiful and glamour Fatin Liyana in da house.. :) Who's exited?? Meeeeeee... 


Fatin Liyana in AQAR Couture


thank YoU dear Fatin sbb sudi tempah baju dgn kitorg.. Nak tempah wedding dress nnt, contact lah kitorg lg ya.. :) muahhh...xoxo.

Thursday, April 18, 2013

Kelas Menjahit manik- May 2013

Assalamualaikum sahabat semua,

Bismillah,

    Sudah lama kami bercadang utk mengadakan kelas menjahit manik, tapi atas sebab2 tertentu, plan kami asyik tertangguh.. :) untuk mereka yang berhajat ingin belajar menjahit manik, boleh lah booking tempat anda.. tarikh dan masa seperti dibawah:

Sesi 1 (Rekaan dan jahitan Manik)
Tarikh: 11 May 2013, Sabtu.
Masa: 10am - 2pm

- Pngenalan asas menjahit manik (jenis jahitan tali air, bunga, daun, geometri dan sebagainya)
- melukis rekaan, suai padan warna.
- belajar membuat bunga 3D dari reben dan fabric (tambahan)

(manik, jarum, dan benang akan disediakan)

Yuran: RM250 seorang, maksimum 6 org utuk 1 sesi.

Sesi 2 (Jahitan manik pada baju)
Tarikh: 12 May 2013, Ahad.
Masa: 10am - 2pm.

- Peserta akan dibimbing menyiapkan jahitan manik pada 1 baju sendiri.
(anda perlu membawa baju anda yang ingin dijahit manik- baju kurung, jubah, dress atau yg lain2 yang bersesuaian)

(manik, jarum dan benang akan disediakan)

Yuran: RM200 seorang, maksimum 6 org utk 1 sesi.
(harga tambahan yang berpatutan akan dikenakan jika anda ingin menggunakan lace/border lace dan bunga 3D dari kami)

Kepada yang telah mengikuti sesi 1, boleh mengikuti sesi ke-2 pada harga RM170 sahaja.


Sesi 3 (Rekaan dan jahitan Manik)
Tarikh: 18 May 2013, Sabtu.
Masa: 10am - 2pm

- Pngenalan asas menjahit manik (jenis jahitan tali air, bunga, daun, geometri dan sebagainya)
- melukis rekaan, suai padan warna.
- belajar membuat bunga 3D dari reben dan fabric (tambahan)

(manik, jarum, dan benang akan disediakan)

Yuran: RM250 seorang, maksimum 6 org utuk 1 sesi.


Sesi 4 (Tudung half moon, dan jahitan manik)
Tarikh: 19 May 2013, Ahad.
Masa: 10am - 2pm.

- Peserta akan diajar memotong dan menyiapkan tudung half moon, dan menjahit manik pada tudung berkenaan.

(kain, manik, jarum dan benang akan disediakan)

Yuran: RM230 seorang, maksimum 6 org utk 1 sesi.
(harga tambahan yang berpatutan akan dikenakan jika anda ingin menggunakan lace/border lace.

Kepada yang telah mengikuti sesi 1 atau 3, boleh mengikuti sesi ke-4 pada harga RM200 sahaja.

- Deposit RM50 untuk booking.

-Lokasi, Bandar Kinrara, Puchong (Berhampiran Kinrara Golf club) alamat sebenar akan dibetahu melalui email pengesahan :)

Untuk menempah tempat anda, sila hubungi
email: zsyiqin@yahoo.com
sms/whatsApp: 012-6119089

sertakan detail seperti berikut

Nama:
Alamat:
email:
Nombor hp:
Ingin menyertai kelas sesi ke___

anda akan dihubungi semula utk pengesahan dan pembayaran deposit.

Jika berlaku penundaan Kelas, akan diberitahu dgn kadar segera.
Semoga perancangan kami berjalan dgn lancar...
inshaAllah.
Terima kasih :)

p/s: bengkel menjahit jubah- coming soon ;)




Thursday, April 4, 2013

Pening tak kami??? part 1.

Assalamualaikum,
.
.
Apabila saya berkata kepada pelanggan, "Yes, I can make it within your budget"..saya boleh buat ikut budget pelanggan.. jika budgetnya kecil, saya akan gunakan material biasa dan membuat design yang simple.. Jika budget yang lebih sedikit atau tidak kisah budget, boleh gunakan material yang berkualiti dan design yg lebih gah..

Apabila saya berkata "Yes, I can make it within your budget".. bukan bermaksud anda boleh request itu dan ini, tambah segala beading dan detailing mengikut kepuasan hati..nak tukar begitu dan begini, nak design gah, cutting tip top, fitting berkali2..tetapi masih dalam budget (rendah).

Pening tak kami?

Kami boleh melayan segala kemahuan hati perasaan dan nafsu anda..namun perlu berbaloi pada harganya.
.
.
Seperti situasi contoh di bawah;
Situasi di kedai makan-

Pelanggan        : Mak cik, hari ni saya bawa RM4 sahaja.. cukup ker nak makan di sini?
Mak cik kedai : Boleh.. cukup tu dik..
Pelanggan        : Ok, bagi saya nasi sepinggan, ayam goreng rempah 2 ketul, sotong masak merah, ikan pari
                         asam pedas, bawal goreng, kerabu perut, sayur kangkung belacan, sambal dan ulam..
                         Owh..dan mango smoothie 1 jag, jgn lupa letrak fresh milk..
Mak cik kedai  : agak2 laaa dik.. tu dah lebih dari budget..
Pelanggan         : Tadi mak cik cakap cukup RM4.. awal2 tadi cakap lain, sekarang cakap lain.. apa ni
                           mak cik??..

Pening tak mak cik tersebut??
Sumber gambar dari Internet-


Itu hanya lah contoh yang mungkin over sikit..ok..Over lebih.., tapi begitulah kiranya yang sering berlaku kepada kami..

Cuma mungkin, dalam bidang fashion @ pakaian, org kurang faham atau kurang tahu harga fabrik, harga bahan2 detailing yg lain (pearl, krystal, beads or whatsoever) dan tidak juga tahu menilai atau menghargai hasil sesuatu kerja.. (kalau makanan, semua boleh agak harga ayam, harga sayur dan sebagainya)

Saya boleh fahamkan mereka yang tidak faham.. tapi apa boleh saya buat kepada mereka yang tidak mahu faham?

Sekian~ terima kasih kepada mereka yang faham.