Friday, January 2, 2015

2015 Wedding Package ~ Pakej Pengantin 2015


Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,

Berikut adalah pakej2 tempahan baju pengantin yg kami tawarkan untuk tahun 2015.

Package Nikah utk L&P



Package Resepsi for L&P



1- Material akan disediakan oleh pihak AQAR Couture. 
     Kepada yang ingin menggunakan material sendiri, anda boleh berbuat demikian. Harga tempahan bergantung kepada design, beading/detailing.

2-  Tempah 3 ke 4 bulan awal dari tarikh majlis anda

3.  Jika anda ingin membuat penampahan kepada Design yang telah dipersetujuai, caj yang bersesuaian akan dikenakan. Contoh: jika anda ingin tambah perincian manik dan sebagainya.

4. Deposit sebanyak RM300 ke RM500 (bergantung pada package yang diambil) diperlukan semasa membuat tempahan.. Bayaran penuh semasa mengambil tempahan.

5. kepada yang memilih package yang termasuk dengan 1 sesi makeup, anda boleh menambah 1 lagi sesi makeup pada harga hanya RM200 (harga asal utk 1 sesi makeup RM380)
contoh: sesi pertama untuk majlis Nikah + sesi kedua untuk majlis resepsi.

6. Persalinan yg ditempah akan menjadi hak milik anda, kecuali Sampin & Tanjak atau aksesori (jika ada)

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan:-

PM-  AQAR COUTURE FB page
Email - zsyiqin@yahoo.com
 sms/ Whatsapp/ Telegram : 011-37039023  (Texting only)

Friday, September 20, 2013

Tempahan Baju Online.

Assalamualaikum,

Kepada yang bertanyakan tentang lokasi kami.. Lokasi kami adalah di Bandar Kinrara, Puchong, selangor. (untuk mendapatkan alamat penuh, anda perlu email, pm atau sms kami..dan anda juga perlu membuat appointment untuk datang berjumpa kami)

Ada antara pelanggan AQAR Couture yang tinggal jauh dari lokasi kami.. Ada yang dari Ipoh, dari Johor, sanggup memandu lebih 3 ke 4 jam, dan dari pantai timur yang memandu lebih 5 ke 6 jam untuk sampai ke lokasi kami untuk menempah baju dan kemudian datang lagi untuk sesi 'fitting'.. Ada juga yang terbang dari Sabah ke semenanjung untuk bertemu dengan kami..

kepada mereka yang sanggup datang jauh2, kami ucapkan banyak2 terima kasih.. dan sungguh kami terharu dengan kesanggupan anda travel jauh2 semata2 untuk menempah baju idaman anda.. Terima Kasih dear lovely customer :)

kepada mereka yang berkeinginan untuk menempah baju dgn kami, tetapi tidak berkesempatan untuk datang berjumpa kami, atas sebab jauh, masalah transportation dan sebagainya.. Anda boleh juga berurusan dengan kami secara Online.

boleh email, pm untuk bertanya soalan dan membuat tempahan:

PM kami di Laman Facebook- AQAR COUTURE FACEBOOK PAGE

Email : zsyiqin@yahoo.com

SMS/WhatsApp : 012-6119089

(saya lebih prefer anda sms atau whatsApp, dari call.. sebab kami perlu track perbualan dengan customer.. bila sms atau whatsApp, senang nak rujuk tentang request anda dan budget anda.. kalau call..confirm lupaaaa..hehe)

Tempahan yang boleh kami terima melalui Online, sms, whatsApp..

1: Baju Kurung
2: Jubah, mexi, Dress
3: Baju Melayu
4: Tempahan jahit manik (baju sedia ada atau baju tempah dari kami)
5: Shawl @ beaded shawl
5: Engagement Dress
6: Nikah Dress
7: Reception Dress

Cara-cara membuat tempahan Online, sms, WhatsApp..

1: Sila email, pm atau message kami, boleh berbincang tentang Design dan budget harga.. Kami akan maklumkan tempoh masa utk baju tersebut siap.
2: Kalau confirm nak tempah, boleh send kepada kami ukuran badan anda (rujuk dibawah)..
3: Material atau kain, kami boleh provide kepada anda, atau anda boleh pos kain anda.
4: Bank in deposit (kami akan inform jumlah deposit yang perlu anda bayar)
5: Setelah siap (kami akan send gambar baju) anda perlu Bank in Full payment kpd kami dan kami akan Courier tempahan anda ke alamat yang diberikan.
6: Urusan bayaran boleh dibuat melalui Maybank2u dan CIMB Clicks. 

Cara untuk ukur badan sendiri

Ukuran dalam cm atau inci

Bahu (bone to bone) -
Dada (ukur lilit/keliling) -
Empire Line (ukur lilit bawah dada) -
Pinggang (ukur lilit) -
Punggung (ukur lilit) -
ukur lilit lengan/ketiak (tgk dalam gambar, ada line color biru kat lengan) -
labuh tangan/ sleve -
labuh baju (ukur dari bahu ke lutut)
labuh kain (ukur dari pinggang ke lantai)
Labuh dress (ukur dari bahu ke lantai)
ukuran yg bwh ni, rujuk garis biru dalam gambar:-
bahu ke dada-
bahu ke empire line-
bahu ke pinggang-
(untuk ukuran ni, kalau ada yg keliru @ tak faham, tak apa, kami akan guide anda melalui online)
kalau susah and tak faham juga, anda cuma perlu ukur dada, pinggang, punggung dan tinggi anda.. itu sahaja :) mudahkan..kan..
Sekian Entry kali ini.. Terima Kasih semua.



Thursday, September 19, 2013

Majlis Bertandang, Nadiyah & Muhaimin- 15 September 2013

Assalamualaikum,
 How are you guys doin yaw?.. :) Harap semua sihat sejahtera (enough with the lame intro..huhu)

Alkisah, pada tanggal 15 September lepas, Me and my sister perlu ke Majlis bertandang salah sorg customer kami, Majlis tersebut diadakan di Hulu Langat. Dia  juga menempah wedding dress dari AQAR Couture untuk majlis Nikah dan Resepsi (tapi kami tak dapat attend).. Utk majlis di Hulu Langat ni kami perlu make-up kan pengantin dan kami juga membawa Wedding Dress and Suit pengantin untuk pengantin pakai pada hr tersebut..

Walaupun dah selalu buat kerja ni.. tapi tugas kami kali ini, memang tak akan dilupakan forever and ever..hahaha.. Why..why.. memang drama habis nak sampai ke rumah pengantin ni..

Dalam Google maps, tertulis dari rumah kami ke Hulu langat memakan masa 20 ke 30 min sahaja.. jadi selamber lah kami keluar rumah pukul 8am hari tu..nak start MakeUp pukul 9am.. so ada sejam utk travel..sempat lah kan..kan..

Tapi, 2 jam baru kami sampai di rumah pengantin.. ikut GPS.. GPS bawak kami jejalan.. T_T

Jalan berbukit2..pusing2.. View memang sangat cantik..macam lalu cameran highland.. Tapi sepanjang jalan asyik jumpa tanah runtuh, dan ada satu tempat tu ada sign board besar tgh2 jalan.. I repeat.. TENGAH jalan ok..bukan tepi jalan.. tapi tak sempat ambil gambar..hehe

Dan sebab dah lambat, jalan pun dah macam nak pegi kayangan jer.. cuak habaq ang..huhu..

Sampai di tengah2 bukit, dan inilah simpang nak ke Batu 18 Hulu Langat (tgk sign board dari kejauhan tu).. tadaaAAA.. jalan tutup wehhh.. cuak tak.. cuak tak? macam mana kami nak pi makeup pengantin ni.. baju depa pun duk ada dgn kami..haha..

Lepas tanya jalan kat sorg Uncle naik motor.. dia suruh lalu jalan kecik berlopak kat tepi tu.. Uncle tu siap cakap "senang saja maaaa mau pegi batu 18.. senang sajaaa" hehe..mesti dia tgk kami dah cuak, so dia cuba menenangkan keadaan..

and kami pun jalanlah ikut laluan sempit berlopak itu.. :) so many monkeys.. so cute :)) rasa mcm nak tangkap sekor bagi kawan dgn chiko..


17 Kilometres to go...

Alhamdulillah.. selamat sampai di rumah pengantin, sempat makeup, sempat bersiap2.. tak ada kelam kabut ke apa.. semua berjalan lancar.. Dengan pengantin pun cool jer..


Wedding Dress, hand bouquet and Make-Up by AQAR Couture.



saya suka bunga tangan itu.. cantik warnanya.. pandai saya pilih warna..hehehe.. riak sangat haihhh..

Me with our favourite bride of the year.. ;)

Yang paling kanan, baju purple tu Kakak kepada pengantin.. masa dia kahwin dulu, kami juga yang buat wedding dress and make-up dia.. sekarang dah ada 2 orang anak dahhh.. Alhamdulillah. 
(owh..owh.. I feel somthing inside..lalalalala :'))


 Tahniah buat Nadiyah dan Muhaimin, semoga kekal bahagia hingga ke Syurga, InshaAllah.

Tuesday, August 27, 2013

Maisarah Rhiyaad wedding- May 2013

PUTIH ITU SUCI~

Assalamualaikum, salam sayang untuk semua :)
Warna putih adalah warna Universal untuk Weding Dress.. Walaupun di Malaysia, tema/warna untuk Resepsi perkahwinan, dan majlis nikah boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna.. dari warna2 pastel seperti biru muda, merah jambu, unggu hingga ke warna-warna yang terang dan gelap seperti merah, unggu gelap, hijau zamrud dan sebagainya.. Namun Putih ternyata masih menjadi pilihan ramai pengantin di sini.. Bagi Kami, Putih adalah warna yang 'Evergreen' dan tidak akan 'Outdated' untuk baju pengantin.

NAMUN.. Saudari saudari cikebum cikebum.. :) kami di AQAR Couture, seringkali kechiwa apabila menerima gambar2 dari pengantin (from their official photographer) yang memakai busana bewarna putih.. kerana, kebanyakan Gambar2 pengantin yg memakai busana putih selalunya sangat bercahaya/terang (cek tak tau nak explain) sehingga tidak menampakkan Detail manik2, atau kecantikan Lace atau sulaman dibaju.. Yang nampak hanya cahaya putih berseri2 semata.. MUNGKIN photographer ingin memaparkan betapa pengantin itu berseri-seri, bagai bidadari syurga, jadi nampak beliau bercahaya,,mungkinkah? (cek tak tau, cek bukan photographer)..huhu.. Mungkinkah demi menampakkan pengantin itu berseri, bercahaya, glowy gitew..maka kecantikan busana yg dipakai tak penting?..detail, manik2, batu crystal dibaju tidak penting..mungkinkah?..(lg skali..tak tau, cek bukan photographer)


Gambar Sumber dari Google..
Gambar contoh sahaja okeyyy.. tak ada kena mengena dgn mana2 individu.. Kami hanya berkongsi pendapat, jangan ada yg berkecil hati.. peace! :)

Gambar sumber dari google.

Setiap kali menghasilkan Busana bewarna putih kami REDHA.. mungkin dah tak boleh berbuat apa2.. kalau baju putih memang akan jadi lagu tuuu.. Redha..redha.. kita siap2 lah amek gambar dengan handphone saja.. so adalah gambar detail baju itu.. :'(


Tetapi Wahai Sekalian pembaca.. Apabila menerima gambar dari Puan pengantin ini, Kami sangat2 happy.. Hey hey heyyyy.. beliau memakai Gaun bewarna putih.. Namun gambar beliau sangat2 clear, boleh nampak sebutir-sebutir pearls, crystal and the lace yg kami jahitkan dibaju..



See..see.. nampak clear kan detailing di baju Puan pengantin ni.. :) tahniah kepada Photographer beliau yang membuatkan kami happy sebab baju nampak clear.. bukan bercahaya berseri-seri bersilauan..huhu..




Photo Credit to- HISHAM DIN (bolehlah korang intai2 hasil kerja beliau)


Gambar Dibawah ini pula dari camera pengantin sendiri.. :)



Such a beautiful Bride.. :)


Tahniah kepada Maisara dan Suami, semoga berbahagia hingga ke syurga.. Terima Kasih kerana Menempah busana dari AQAR Couture.

Sebarang pertanyaan tentang tempahan, boleh email kepada:
zsyiqin@yahoo.com

Sekian, Wassalam.



Saturday, August 17, 2013

Hasil Kerja, Ilham dan Perasaan...

Assalamualaikum Kawan2, Sanak Saudara dan Pelanggan yang dikasihi semua :)

Salaam Aidilfitri, Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris rasa...

Untuk entri kali ini, saya memilih untuk membebel.. atau meluahkan isi hati, gurindam perasaan..hehehe.. yang berkaitan dgn tajuk diatas (Hasil Kerja, Ilham dan perasaan) apakah kaitan bait perkataan didalam tajuk kali ini???.. :p

Mereka sesuatu pakaian, menjahit dan menghasilkannya ibarat menyiapkan sebuah karya seni.. Hasilnya, samada cantik atau tidak, berkualiti atau tidak, sangat bergantung pada perasaan (mood) si pembuat..

apakah yang saya cuba katakan disini????.. ahaa..untuk memastikan hasil kerja yang memuaskan, marilah kita sama2 menjaga hati dan perasaan masing2.. perasaan customer dan perasaan designer/tailor.. Urusan jadi mudah, hasil jadi indah.. InshaAllah.


Gambar untuk tatapan anda..
Draping Dress,Tiffany blue + white lace & pink pearls embellishment.


sila ambil perhatian.. ada kucing dibelakang!! hehehe

Our AQAR beaded shawls..


kepada Pelanggan dan bakal pelanggan kami yang budiman, Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah PM kami di FB PAGE atau email (zsyiqin@yahoo.com)

Terima Kasih...

Majlis Bertandang, Shahrul & Filza (June 3013)

This is the design sketch I made for kak Filza.. Selalunya kami akan buat design sketch kalau customer tak boleh nak imagine mcm mana outcome hasil combination color yg dipilih..atau kalau dia nak design baru yg fresh, tak ada gambar rujukan or anything.. Kalau korang dah siap ada contoh gambar nak dress mcm mana, tak perlu lah mintak sketch bagai..huhu..

Detailing in da making :)


Baju yg dah siap.. Kurung modern, flowy skirt, Patch lace + pearl and krystal and beads detailing.

The Lovely Bride and Groom.


Time Fitting- :)

Tuesday, July 30, 2013

Shahrul & Filza Wedding- 30 June 2013


Assalamualaikum...
Feast your eye with another AQAR Coutures work :)
Full beaded Lace Kurung modern:-

Alhamdulillah, Segalanya dipermudahkan...Deal dgn mereka sgt mudah.. Kak Filza seorg yg sangat easygoing dan lemah lembut.. sepanjang bekerja dgn beliau, kami senang hati jerrr.. maka baju pun jadi cantik..hahahaha.. ada kena mengena? senang hati..baju cantik? :p

Alhamdulillah :) Lovely Bride + Lovely Groom = Lovey dovey Man & Wife

Beautiful Bride :)

Kepada Kak Filza dan Abg Shahrul, Selamat pengantin baru dan semoga bahagia sampai ke syurga.. InshaAllah.

Semua Gambar diatas diambil dari Wedding Photographer - Psychedelic Photography
Kepada Bride to be yang masih mencari-cari Photographer cepat2 click link diatas.. Hasil kerja merekan sgt superb dan harga berpatutan! korang memang suka lah kan kalau bab harga berpatutan ni kan..kan.. ;)


Fitting Session